PAUTAN 1 - PENGENALAN
PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA
HMS 3013
PENGENALAN
Blog ini merupakan blog bagi tugasan kursus Pendidikan Moral di Malaysia (HMS 3013) dan disediakan oleh 4 pelajar Kumpulan B. Penyediaan blog ini bertujuan untuk membantu para guru di luar sana dan juga para pelajar bagi memperoleh maklumat serta idea baru bagi pengajaran subjek Pendidikan Moral dengan lebih menarik. Blog ini mengandungi beberapa pautan yang terbahagi kepada 6 pautan.Dengan itu, kami berharap agar log ini memberi manfaat dan membantu para guru mahupun pelajar perguruan dalam mengajar subjek Pendidikan Moral dengan lebih kreatif dalam melahirkan murid berkeperibadian mulia.
Pautan 1 mengandungi kod dan nama kursus bagi tugasan ini berserta senarai ahli kumpulan dan pengenalan. Pautan 2 mengandungi kandungan pengajaran di mana terbahagi kepada Rancangan Pengajaran Harian dan juga kandungan pengajaran iaitu bahan yang digunakan. Pautan 3 mengandungi bahan pengajaran tambahan selain dari buku teks. Seterusnya, pautan 4 mengandungi bahan maujud yang menarik berserta manual penggunaan dan senarai semak. Pautan 5 pula mengandungi soalan bagi bahan penilaian dan pautan 6 merupakan ruangan interaktif untuk berhubung dengan pengguna.


Ulasan
Catat Ulasan