PAUTAN 4 - ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA KINI

 ISU SEMASA PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA KINI 

1. KES BULI


Kes buli merupakan masalah yang tidak berkesudahan sehingga sekarang. Pelbagai jenis buli sekolah termasuk fizikal, emosi, lisan, buli siber, seksual dan pendidikan tinggi. Terdapat tanda amaran bagi situasi kanak-kanak dibuli, kanak-kanak menjadi pembuli, dan kanak-kanak yang pernah menyaksikan buli di sekolah. Kesan keganasan sekolah adalah ketara di banyak negara, tetapi terdapat pemimpin politik yang berjaya mengurangkan buli sekolah melalui pelaksanaan strategi tertentu. Perkara ini terjadi disebabkan dendam, kes ejek-mengejek rakan, menunjukkan siapa yang lebih kuat dan kurang perhatian. Antara yang berikut merupakan isu buli yang berlaku di Malaysia:


1.1 Pelajar Tingkatan 5 Buli Budak Mati 15 Tahun Lalu Akhirnya Dibebaskan Dari Penjara




1.2 Polis tahan 11 remaja disyaki terlibat kes buli di asrama. 


1.3  Murid Jadi OKU kerana buli



2.  KES VANDALISME

Vandalism’ adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang.‘Vandalism’ mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak.‘Vandalism’ boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan. Perkara ini terjadi ntuk membalas dendam, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau sesebuah organisasi, keseronokan dan kepuasan diri dan diterima sebagai kawan dan ahli kumpulan. Di bawah merupakan kes vandalisme:

2.1 Pelajar pecah kerusi sekolah hingga hancur




2.2 Lelaki conteng nama tembok sekolah ditahan



2.3 Vandalisme di taman permainan





3. KES PERAS UGUT

Peras ugut ialah perbuatan meminta wang secara paksa dan kekerasan. Jika tidak diberi, mangsa berkenaan akan dicederakan atau disiksa. Berikut merupakan kes peras ugut:

3.1 Peras ugut sebar gambar, video lucah pengguna laman sembang



3.2. Rekrut pelajar junior peras ugut





3.3. Polis siasat video tular remaja tendang, peras ugut murid di Machang

 




CABARAN PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA KINI

1. CABARAN GURU PENDIDIKAN MORAL


  • Sebilangan guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Moral terdiri daripada guru yang tidak teras. Ini disebabkan pengkhususan mereka adalah major atau monor guru yang dilantik mengajar matapelajaran tersebut
  • Kursus atau latihan kearah memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral amat kurang. Tidak ada khusus yang khas dalam pengendalian atau pemantapan pengajaran guru terutama di era yang moden ini dimana banyak kes kes tidak bermoral berluas-luasan ketika ini.
  • Pendidikan Moral kurang kemantapannya kerana mereka kurang faham cara pendekatan yang sebenar. Guru-guru ini hanya mempelajari cara pendekatan denganmembaca panduan guru, sukatan matapelajaran dan bimbingan-bimbingan tidak rasmi dari rakan sekeliling.

2. CABARAN PENGGUNAAN JARINGAN INTERNET


  • Penggunaan jaringan internet,aplikasi-aplikasi smart phone seperti Whatsapp,Telegram, We Chat, Line dan sebagainya memudahkan lagi informasi sampai dengan pantas tanpa dapat ditapis.
  • Taksub dengan informasi yang dikongsi, akan mendatangkan masalah dan secara tidak langsung akan melibatkan kemoralan yang tidak menentu atau yang tidak baik.
  • Penyebaran video yang tidak bermoral berleluasa dan dapat dimuat turun dengan mudah oleh pengguna
  • Permainan digital yang berunsurkan pembunuhan, buli , dan peras ugut dpaat mempengaruhi pengguna untuk melakukannya pada orang di sekeliling.

3. CABARAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK


  • Pengaruh rakan sebaya yang mempunyai isu bermasalah di sekolah menyebabkan anak akan mengikuti perlakuan yang tidak bermoral, Oleh itu, terdapat banyak kes buli dan peras ugut terjadinya di sekolah
  • Kurang memberi perhatian kepada anak-anak menyebabkan anak-anak buntu untuk menceritakan masalah dan menyebabkan mereka mencari jalan untuk melepaskan amarah dengan mencederakan orang dan barangan di sekeliling.
  • Kurang pemantauan aktiviti anak menyebabkan penggunaan telefon bimbit yang tidak terkawal dan menonton televisyen mempunyai saluran yang kurang bersesuaian untuk anak-anak.















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAUTAN 5 - JENIS PENTAKSIRAN DILAKSANAKAN