PERPADUAN MASYARAKAT ASAS KEMAKMURAN NEGARA
1.0 PENGENALAN
- Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat.
- Menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat, semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan penyiasatan itu kepada pengarah;
- Mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana
- Menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat.

- Mencapai sekurang-kurangnya skor 3.5 daripada skala 5 bagi Kajian Kepuasan Ibu BapaTerhadap Tabika Perpaduan yang dilaksanakan sekali setahun.
- Memaklumkan keputusan permohonan penetapan KRT kepada JPNIN Negeri dalam tempoh 5 hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Penetapan dan Pembatalan KRT.
- Memaklumkan keputusan permohonan penubuhan SRS kepada JPNIN Negeri dalam tempoh 7hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
- Mengagihkan geran tahunan kepada Rukun Tetangga dalam tempoh 30 hari selepas waran peruntukan disalurkan ke Pusat Tanggungjawab (PTJ).
- Melatih Ahli Jawatankuasa Utama Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela baharu dalam tahun semasa kecuali KRT/SRS yang diluluskan pada Oktober hingga Disember, pelaksanaan latihan boleh laksanakan pada tahun berikutnya.
- Memastikan penyampaian kursus mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 3.75pada skala 1 daripada 5 dalam penilaian keberkesanan penyampaian.
- Memberikan maklumbalas kepada pertanyaan/aduan dalam tempoh 7 hari bekerja.
Maklumat salah dan palsu yang disebarkan akan menyebabkan masyarakat berasa gelisah, khuatir, tidak puas hati dan marah dan juga akan menyalahkan kumpulan tertentu mengikut andaian mereka. Oleh itu, setiap indidividu harus sedar bahawa penyebaran maklumat palsu mampu meninggalkan kesan negatif khususnya melibatkan perpaduan masyarakat. Penyebaran maklumat palsu seharusnya tidak dijadikan jenaka media sosial. Oleh itu, masyarakat di negara ini sepatutnya tidak terlalu mempercayai maklumat yang tersebar meluas di media sosial. Dengan itu, penggunaan media sosial tanpa had perlulah dielakkan dari mula. Masyarakat di negara ini tidak harus menggunakan kemudahan teknologi dan internet untuk melayari laman sesawang negatif yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelbagai aspek.
Sebagai contoh lain, isu perkauman sentiasa diungkit. Penyebaran maklumat palsu akan menyebabkan salah faham dan menimbulkan pergaduhan di antara kaum. Ini menyebabkan tiadanya semangat perpaduan masyarakat. Apabila tiadanya semangat perpaduan, negara tidak akan berada dalam keadaan aman dan makmur. Masyarakat tidak dapat hidup tanpa ada kebimbangan. Oleh itu, nilai etika patutlah disemai dalam diri setiap individu supaya menjadi warganegara yang menyayangi negara dan sekaligus menjadikan kestabilan dan keharmonian beragama yang akan dicapai. Sekiranya gagal, nilai perpaduan dalam negara diruntuhkan secara tidak langsung. Tuntasnya, tidak dinafikan bahawa menangani penyebaran maklumat salah, berita palsu dan tindakan sengaja mencetuskan kebimbangan ramai bukanlah satu tugas yang mudah.
Selain daripada penyebaran maklumat palsu dan negatif, seperti rajah 3, penguasaan bahasa kebangsaan yang lemah juga menjadi satu cabaran dalam membentuk amalan perpaduan. Penguasaan bahasa kebangsaan yang lemah amatlah membimbangkan. Ini terjadi kerana gajet dan media sosial yang menyebabkan masyarakat leka dengan dunia gajet. Hal ini menyebabkan masyarakat kurang bersosial dan menjadi pasif dan sekaligus mmebuatkan mereka gagal berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Untuk golongan remaja yang baru mengenal dunia, mereka akan menjadi lalai dengan gajet dan tidak berminat untuk membaca. Ini kerana ibu bapa kurang mengawasi penggunaan gajet dalam hidup mereka. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh hanya kerana mahu mengikut peredaran teknologi. Bahasa Melayu merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia dan seharusnya dijaga, dipulihara dan digunakan sebetulnya.
Perluasan dan pertingkatan penguasaan Bahasa Melayu dapat meningkatkan perpaduan antara masyarakat. Kegagalan menguasai Bahasa kebangsaan yang baik oleh setiap lapisan masyarakat akan menyebabkan wujudnya jurang antara mereka. Bahasa melayu ini telah berperanan sebagai ejen penyatuan sejak dulu lagi. Sebagai contoh banyak acara yang telah dijalankan menggunakan Bahasa Inggeris. Jadi, bagaimana penguasaan bahasa kebangsaan dapat diperkuatkan dan diperkenalkan kepada dunia ? Terdapat juga segelintir rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia tetapi masih tidak dapat memahami malah betutur Bahasa Melayu asas dengan baik.
Jadi, masalah perpaduan dapat diatasi apabila bahasa kebangsaan kembali menjadi ejen penyatu dan semua rakyat bertunjang kepada satu medium komunikasi umum iaitu bahasa Melayu, Perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan.
Tambahan lagi, kurang penerimaan, penghormatan dan pengurusan kaum lain menyebabkan sukarnya untuk membentuk amalan perpaduan dalam masyarakat. Sebagai contoh, sistem pendidikan yang mempunyai jurusan yang berbeza. Tiga kaum utama iaitu Melayu, India dan Cina, masing-masing akan memilih belajar di sekolah Melayu, Tamil dan Mandarin. Situasi ini menyebabkan interaksi antara pelajar berbilang kaum ini terhad. Ini juga menyebabkan mereka prejudis terhadap kaum lain. Selain itu, menyukarkan usaha menyatupadukan seluruh masyarakat negara ini bagi membentuk satu identiti dan memupuk perasaan kasih dan sayang akan negara. Hal ini membuatkan hilangnya sikap tolenrasi dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Cabaran yang terakhir ialah kurangnya pemahaman agama dan kebudayaan kaum lain. Setiap agama berbeza dari segi ajaran, penekanan dan amalannya. Walaubagaimanapun, semua agama menyeru penganutnya melakukan kebaikan dan mengamalkan nilai-nilai murni, di samping menghindarkan diri daripada segala bentuk pemikiran, perasaan dan perbuatan yang negatif. Sebagai contoh, setiap agama mengajar umatnya menjaga hubungan yang baik sesama manusia dengan mengamalkan sikap bertegur sapa dan saling bantu-membantu tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama. Jika kurangnya pemahaman agama lain, akan timbulnya perasaan kurangnya hormat agama, kepercayaan dan budaya kaum lain.
Untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan agama adalah dengan lebih saling memahami budaya masing-masing. Sikap syak wasangka antara kaum kian meningkat kerana kurang sensitif terhadap agama, kepercayaan dan budaya orang lain. Apabila memahami sesuatu agama dan budaya orang lain, semangat perpaduan dapat dipupuk dan juga dapat mengurangkan salah faham antara kaum. Sebagai contoh, memahami nilai murni antara agama, kepercayaan dan perayaan orang lain. Dengan itu, amalan perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat dipupuk.
9.0 STATISTIK
10.0 ISU BERKAITAN PERPADUAN DI MALAYSIA

Rajah 5
Perpaduan masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia ialah kunci kedamaian, kemakmuran, kestabilan dan kelangsungan pembangunan negara.Tanpa perpaduan, negara tidak akan mencapai kestabilan yang mutlak, kemajuan dan keamanan yang berterusan. Malaysia menonjol di dunia sebagai negara contoh di mana masyarakat etnik yang berbeza dapat hidup dalam kedamaian dan keharmonian serta bekerjasama demi kemajuan dan kesejahteraan negara. Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan bahasa, Malaysia memang unik dalam membuktikan bagaimana kepelbagaian kita dapat disatukan dan dimanfaatkan untuk pembangunan negara.
Video di atas merupakan video yang berkaitan dengan isu perpaduan masyarakat di Malaysia. Dalam video tersebut terdapat faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya isu perpaduan, kesan-kesan perpaduan dan juga cara-cara menyelesaikan isu perpaduan di Malaysia.
Video 2 ini menunjukkan situasi selepas kejadian 13 MEI 1969 iaitu hari di mana berlakunya hari darurat perkauman. Peristiwa 13 Mei, pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Tanggal 13 Mei 1969 ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan, hilang rasa percaya dan kemusnahan harta benda.
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 13 Mei 1969 diseluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal.
Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa. Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik. Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni.
Antara punca berlakunya peristiwa 13 Mei adalah kerana orang Melayu berasa mereka tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi, lalu diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru. Berdasarkan angka rasmi peristiwa yang terpahat sebagai sejarah hitam negara itu, dari 13 Mei hingga 31 Julai 1969, mencatatkan 196 orang kehilangan nyawa, walaupun terdapat pihak yang menganggarkan jumlah kematian adalah lebih tinggi.Kejadian selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ketiga itu menyebabkan kira-kira 6,000 orang kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan musnah atau rosak serta 753 bangunan rosak atau terbakar.
https://www.astroawani.com/video-malaysia/semangat-uniti-medium-mengeratkan-perpaduan-kaum-di-malaysia-1989063Medium mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.
Inisiatif yang boleh dilaksanakan:
1. Menganjurkan majlis ruma terbuka
2. Melaksanakan sekolah wawasan
3. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian
4. Program Kenegaraan seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Medium : Perpaduan Kaum Di Malaysia
12.0 KESIMPULAN

1.








.jpg)








Ulasan
Catat Ulasan